Sunday, December 26, 2010

Catatan Ke Ladang Anggur Beriss



LoKaS! P!l!HaN AbAh (ToUr!Ng  & LeArNiNg )


                                                    
PoS!Ng nGaN AbAh



Ad!k AfR!Na NgAn MaK
                                                            


                                                           'Sales/Gallery'

GhAmAi OrG DoK UsHar..KeTaQ Lerr...

                                          






 Lokasi : Beriss Vine Yard

BuKaN PoS!nG TaP! SeJuKkkkk
                                                 



NaK MaKaN SeTaNgKa! TeRu!hh..
                                                       

D!LaRaNg MeMeT!K?????
                                                          

PoS!Ng NgAn MaK Aq
                                                          


Eeee...GeRaM nYeRrrrr....
                                                                                                                  

BuAh MeGheNdOh...PeGaNg KuAt-KuAt
                                   

NaK MaKaN @ NaK PoS!nG tUe Mak..
                                              

BuAh BeSaQ dAr! OrAnG NiE
                                                   

LaSt PoS!nG b4 KeLuAq
                                                        

LeT!h MeL!LaU N!e..TaKe A BrEaK
                                                    


ANGGUR DARI KEDAH,MALAYSIA

Anggur adalah buah yang tumbuh dari batang pokok menjalar berkayu dalam keluarga Vitaceae. Anggur tumbuh dalam gugusan 6 hingga 300 tangkai, dan terdapat dalam warna hitam, biru, keemasan, hijau, ungu, merah, merah jambu, perang, kuning kemerahan atau putih. Ia boleh dimakan mentah atau digunakan untuk membuat kismis, jem, air anggur, jeli, wain dan minyak biji anggur. Penanaman anggur dilakukan di ladang anggur, dan dikenali sebagai vitikultura.
Daun anggur itu sendiri boleh dimakan dan digunakan bagi menghasilkan hidangan dolma. Pokok anggur seringkali digunakan sebagai pokok makanan untuk sesetengah larva dari order Lepidoptera. Anggur liar seringkali dianggap rumpai, kerana ia menutupi tumbuhan lain disebabkan pertumbuhannya yang pantas.








Foto Buah Anggur di Kedah D.A





Jumpa lagiiiiiiiii....................

Tuesday, December 21, 2010

Pertahankan Warisan Inie....


Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar.
Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris, badik, kerambit, parang, pedang, lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembong dan sundang. Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan menumpukan perhatian kepada pertempuran tangan kosong (tanpa senjata). Secara am sesebuah aliran silat mengajar kedua-dua kemahiran dan aliran yang hanya menumpukan salah satu daripadanya adalah sedikit. Kebiasaannya seseorang penuntut atau murid baru akan ditumpukan kepada kemahiran tempur tangan kosong sebelum diajar bermain senjata. Bagi sesetengah aliran, hanya murid yang diiktiraf berkemahiran dan mempunyai adab keperibadian yang tinggi dibenarkan mempelajari kemahiran senjata, terutama bagi yang mempunyai senjata yang dianggap senjata 'rasmi' bagi aliran itu.
Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (pergerakan seolah-olah tarian, digelar juga seni atau tari) dan buah (pukulan atau buah pukul). Bagi mereka yang tidak pernah melihat seni pertahanan diri ini, mungkin ia kelihatan seperti sejenis tarian. Namun terdapat aliran yang hanya mempunyai buah seperti Silat Cekak dan Buah Bentayan. Seni tari yang halus ini memungkinkan ia digunakan sebagai persembahan dalam sesuatu majlis keramaian, malah hampir setiap aliran mempunyai 'tari sembah' termasuklah aliran yang tidak mempunyai bunga. Tari sembah ini dipersembahkan untuk memperkenalkan diri dan aliran yang diwakili/dipelajari. Dalam situasi pergaduhan, permulaan langkah dari tari sembah atau sejurus dari bunga yang diperlihatkan membolehkan pesilat mengenali rakan sealiran dan memungkinkan situasi berakhir dengan damai dan bermaaf-maafan.

Baca Lanjut : Sumber Asal

Silat ini adalah bersendikan adat. 

Di antara adat yang diamalkan adalah:-







Mandi Minyak....

Apa tue mandi minyak ni ??? mandi minyak ni adalah mandi minyak la....(bukan nk jd org minyak) hahaha
acara dimulakan dgn membuat minyak dari santan....di parut @ kukoq nyoq nyer..di peghah santan nyer....dalam pada dibuat semua tu diiringi dgn bacaan ayat2 suci alquran, serta selawat nabi.......
Kemudian santan tu di masak hingga keluaq minyak nyer dan bert..k (censored)minyak.... 
***Kheja wt nie oleh Jurulatih @ Orang Terlatih
Lepaih tu..
Depa yg nak mandi minyak mesti berzikir....baca ayat2 suci al-quran....selawat tak henti2....dan tak boleh banyak cakap sangat...pasai apa lak??? yelah..orang dok baca ayat quran awak dok berborak2....bukan ka loklaq tue????
Pastu nanti bila nk start.....boleh la mandi minyak...dengan cara mencelup tapak tangan ke atas permukaan minyak panaih yg dok menggelegak.....tak panaih ker??? ada orang rasa panaih...ada yg tak...ada yg rasa panaih sat jer....melecoq??? tak pernah la pulak aq jumper...sebab minyak kelapa ni takat didih dia tak la panaih mana........
Lepaih dah celup tgn kat minyak..sapu lah kat seluruh badan.(Mcm ambik Wuduk ler) gosok2...urut2 ...pbetoi ughat mana yg tak betoi....
itu ler tujuan wat mandi minyak....untuk berurut, betulkan urat badan ....sebab dok bersilat kan.......kenapa wat ramai2??? ramai la meriah sikit....ramai2 dpt mengeratkan silaturrahim antara ahli silat....

P/S : Ni bukan CEREKARAMA (ceghita rekaan drama)...
         aq dh MANDI MINYAK pada Muharram ke 15
        
* Posting nie :
   - Untuk perkongsian ilmu BUKAN untuk bmegah-megah
   - Tak ader kena-mengena ngan yang HIDUP atau MATI
   - Tak ader kena-mengena ngan MYDESTINASI...wakakakakaka
   
                                 ~Sharing Is Caring
 

Saturday, December 18, 2010

Primary >>>>>>> Secondary

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha   Penyayang"
                                     

                
                                                    


Semester persekolahan baru akan bermula lebih kurang 2 minggu lagi,ibubapa mula sibuk menguruskan persekolahan anak-anak termasuklah aq.....(sekolah & uniform baghu la pulak..)


Sekolah Rendah/Kebangsaan




Bekas sekolah Aq (2005-2007)
(Bekas Sekolah Emak Aq)






 Bekas Sekolah Aq(2008-2010)
 (Bekas Sekolah Abah Aq)





 P/S : Aq belajar di sekolah Abah & Mak.....
      (Kebetulan jer kot...)
        
Lebih kurang 2 bulan yang lalu,aq adalah pelajar di SKSMS (sebelum itu aq belajar di SKTSJAJ selama 3 tahun) tetapi kini semua tinggal memori yang tak akan dilupakan...Sekolah itu telah banyak memberi banyak kenangan manis,masam,perghhhh dan perghhhhh....

Detik Permulaan Di Sekolah Menengah
Tanggal Muharram ke 10 /1432,detik ke alam sekolah menengah bermula pada hari inie....
Hari nie juga adalah hari pendaftaran dan penentuan arah tuju di ADHS @ SMADSJ.Semua persiapan dokumentasi dan sebagainya telah siap sejak semalam lagi ttp aq masih berserabai,melangai dan ambil kisah x kisah(mc dont no...hehehe)
Abah aq mula bsuara',.......... dh prep ka,satgi ada exam tau',.Sambil dok perbetui baju dan remoih,aq menjawab dgn konfiden',Abah jngn ghisau la...dh 2 x kena exam camnie',.Yakinnn.....hahahaha...hati dok dub..dab..dub..dab(beating/second dh ++++++++)..
OTW....ke ADHS/SMADSJ yg mengambil masa kurang lebih 1080 saat,hati yg bdebar mula menjadi gulana(mcm dialog Filem Hg Tuah lak) kerana aq akan ke DESTINASI dan suasana baghu...sekolahnya,kawannya,gurunya dan mungkin dpt ....... baghu (hahaha..)...DESTINASI yg dicaghi dh jumpa....
Ketika melangkah masuk ke sekolah,abah bpesan ', .........,nnti nk msukdewan exam,baca la doa ckit..ok.',.Pesanan abah tadi dh hilang bersama langkah dan dub..dab..dub..dab..dub...makinnnnn lajuuuu....
Tiba-tiba,aq disapa seseorang,'shuhael,hg masuk sekolah nie gak ka',.Sepantas kilat (bak pendekar membuka langkah),",hah...hg ka Qayyim,a'a  la...',jwb aq dngn selamba.maknernya aq x lonely la kt sini..ada Qayyim,ada sepupu dan ada sahabat SKSMS...dh tak heran pasai minggu SUAI KENAL..
Setelah hampir 5 jam,aq berhempas-pulas,berpeluh,mengelabah,x keruan tetapi x sampai level meliu......(hahaha),semuanya dh settling down (omputih lak...).Aq pi kt abah & emak yg kecemuihan kerana menghadiri sesi penerangan di dewan sekolah.',Abah,leh balik dh',gtau aq yg moody dan diiringi oleh irama hip-hop,dangdut dan keroncong di dalam organ dalaman.'Ok...jom makan & lepaih tu balik',kata abah spt memahami hajat aq(Mungkin kerana tekaannya selalu tepat coz aq xleh nk wt benda pelik2).....the end..

JUMPA d next POSTING.....



Selamat Tinggal..SKSMS.........
                                               Salam Perkenalan....SMADSJ 

Friday, December 17, 2010

POSTING SULUNG DARI BLOGGER NEWBIE

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi     Maha Penyayang"



Hari nie Jumaat(Muharram ke 11), segala Penghulu Hari,aq bangun dengan masa yang luar biasa(awai 2 jam..he3x)..dengan tujuan nan 1 ...POSTING......

Story pasai blog aq (http://blogshuhael.blogspot.com/)

Al-kisah.....
Ketika membelek blog kawe ku (TLBf1),timbul minat merekacipta satu blog secantik itu...(pemiliknya pun cantik gk..he3x...)
Jam telah menghampiri pukul 11 mlm,aq menoleh kearah abah ku yang sedang khusyuk membaca akhbar Sinar(Mungkin telah dihafal olehnya isi akhbar tu pasai sejak ptg  tadi akhbar itu disisinya..jangan marah abah)
"Abah susah ka buat blog??",tanya ku kpd abah dengan bersahaja."Susah la kalau org tak tau,nk wt blog pulak dah",jawab dan tanya abah."Susah ka nk bblogging???",tanya ku seperti seorang pro.. lagaknya.
Lebih kurang 15 minit,aq berbalas pantun ngn abah,dia pun mengalah kerana 3 tujuan MURNI yang aq berikan(3 TUJUAN MURNI akan aq story kt hangpa di posting akan datang,Insya'allah)
Sebelum memulakan kerja merekacipta blog aq,abah beletiaq',Lain kali klu nk bblogging kena plan awai2,abah wt cincai dh kot",.Kerjabuat abah pun bermula sehingga beakhir lebih kurang 40 minit kemudian.
(Mungkin cpat siap klu aq x kacau daun)
Mai time nk posting lak,abah dah mula mengalah katanya",abah pening la ...sambung esok lak',.
Aq paham rungutannya kerana faktor usia yang kian meningkat dan keletihannya di siang hari kerana 'memesoh' urusan persekolahanku yang memakan masa hampir setengah hari......
Tiba2,aq teringat ungkapan emak aq',kalau kakak(aruah) ada,botak kepala abah tu pasai nk layan 2 org anak'.(Aruah kakak aq telah pulang ke rahmatullah kira-kira 14 tahun lalu)


TQVM kepada semua yang terlibat melahirkan blog ini :
1)Abah-kerana bersusah bsengkang mata dan memerah otak
2)Emak-yang sporting kerana mengganggu masa tidurnya
3)Teman Blogger(TLBf1)-kerana memberi ilham

Jumpa di posting akan datang dengan story yang lebih puyo....

Seterusnya..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...